Thursday, December 17, 2009

Aku Mula Menulis

Aku mula menulis pada hari ini 18 Disember 2009, jam 1435Hrs. Sebenarnya tujuan aku bukak blog nie adalah untuk membantu mana-mana warga Malaysia muslim atau Non Muslim yang ingin kan informasi berkaitan electronics design, embedded microcontroller application dan application software. Aku nie takdelah expert sangat dalam bidang nie, tapi aku nak share pengalaman aku selama 11 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan. Selain itu nak menjana sikit pendapatan jikalau ada mana-mana warga Malaysia atau syarikat Malaysia yang inginkan customize electronic products ataupun customize application software.

Through time, aku akan postkan project-project yang aku pernah buat sepanjang tempoh aku bekerja. Semua nya free, aku tak kenakan apa-apa bayaran. Matlamat aku cuma satu, untuk memberi kesedaran kepada semua warga Malaysia yang kita mampu mereka sesuatu yang setara dengan negara barat dan untuk membukak minda graduan-graduan kejuruteraan yang akan menempuh alam pekerjaan supaya menjadikan penyelidikan dan praktikal sebagai satu budaya utama buat mereka.

Kadang-kadang aku sedih dengan keadaan graduan-graduan kejuruteraan sekarang yang tidak mempraktikkan apa yang mereka belajar. Ini cuma pandangan aku, mereka cuma mementingkan gaji dalam memilih pekerjaan. Dalam pengalaman aku sepanjang aku pernah 'interview' graduan-graduan ini, bila aku tanya, "kenapa awak ambil bidang kejuruteraan electronic?, ada yang menjawab, "Bidang ini saja yang saya dapat ketika memohon kursus di universiti". Mereka langsung tak menunjukkan minat kearah apa yang mereka pelajari. Kadang-kadang aku uji mereka dengan mereka litar mudah yang melibatkan 'LED' dan 'resistor', mereka tak dapat buat. Aku tanya balik, awak tahu tak apa function LED, dia jawab, "Tahu sikit je encik, yang saya tahu bila kita sambungkan arus atau 'voltage' LED akan menyala". Aku balas itu dah betul, so aku tanya balik, "'Resistor' pulak apa function nya?. Dia jawab, "Untuk kurangkan arus". Aku balas balik, "itu pun dah betul, so why you cannot construct this simple circuit?". Dia jawab, "Saya tak tahu macam mana nak apply kan theory yang saya pelajari kepada praktikal". Aku termenung seketika setelah mendengar jawapan tersebut. Siapa yang patut dipersalah kan dalam hal ini?.

So aku berfikir sebenarnya polisi pendidikan kerajaan yang menjadi punca segala masaalah yang berlaku kepada graduan-gaduan ini. Polisi kerajaan ingin melahirkan ramai jurutera dan saintis tetapi dalam masa yang sama tidak pernah menyuburkan budaya ilmu, penyelidikan dan praktikal dalam usaha kearah itu. Aku nak tanya kat korang semua, daripada seminggu rancangan TV yang ditayang kan baik TV1, TV2, TV3 except ASTRO (sebab ada discovery channel) berapa jam masa tayangan diperuntukkan untuk budaya ilmu (terutama sains & teknologi) di bandingkan dengan hiburan?. Korang fikir lah sendiri. Pada aku daripada 100%, 90% masa tayangan adalah dalam bentuk hiburan, dan lebihnya 10% adalah rancangan ilmu itupun filem rencana tentang haiwan, kalau TV3 tu adalah rancangan 360, majalah 3, 999 dan lain-lain yang satu pun tak ada kena mengena dengan ilmu berkenaan sains & teknologi. Baru-baru nie ada pulak iklan yang bertemakan "Generasi Hebat" yang rata-rata nya dilakonkan oleh artis-artis penyanyi dari rancangan realiti tv, seolah-olah sekiranya nak jadi "Generasi Hebat" kena masuk rancangan realiti tv dan jadi penyanyi.

Aku bukan orang yang anti hiburan.Tetapi sepatutnya perlunya ada keseimbangan antara hiburan dan budaya ilmu. Budaya ilmu kena melebihi daripada hiburan. Maju nya sesuatu negara adalah dengan ilmu. Majunya tamaddun ISLAM kerana ilmu, majunya tamaddun ROME kerana ilmu, mahunya tamaddun FARSI kerana ilmu, majunya tamaddun YUNANI kerana ilmu, majunya JERMAN kerana ilmu, majunya AMERIKA kerana ilmu, majunya JEPUN dan maju nya semua peradaban terdahulu adalah kerana ilmu.

Berbalik kepada polisi kerajaan, sepatutnya kerajaan telah melaksanakan program penyemaian budaya ilmu berkaitan sains & teknologi daripada peringkat awal lagi. Dari peringkat sekolah rendah sepatutnya guru-guru diberi pendedahan bagaimana untuk menanamkan minat pelajar-pelajarnya dalam bidang sains dan teknologi. Guru-guru sendiri mestilah proaktif menyediakan modul aktiviti-aktiviti berkaitan dan memikirkan sendiri inisiatif untuk membimbing pelajar-pelajarnya supaya celik sains dan teknologi. Melentur buluh biar dari rebungnya. Guru-guru kena sentiasa membuat penyelidikan dengan mengambil contoh sistem pendidikan daripada negara-negara maju yang telah terbukti jayanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Banyak pulak aku mengarut, cuma ini sebahagian daripada pandangan aku. Berbalik kepada pengalaman aku. Aku nie bukan belajar tinggi sangat, tapi aku sudah ada 11 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteran elecktronik dan komputer. 4 tahun pengalaman aku dalam bidang kejuruteraan membaikpulih alatan kuasa (seperti uninterruptible power supply) up to components level dan selebih nya (6 tahun) dalam bidang electronics design, embedded microcontroller application dan software application developement. Aku pernah keluar syarikat dan menubuhkan syarikat sendiri bersama rakan aku, sekarang aku kerja makan gaji balik sambil bergerak sendiri kerana berlaku masaalah kewangan yang aku sendiri tak dapat elakkan. Beberapa masaalah yang timbul aku masih tidak pernah melupakan budaya "MADE IN MALAYSIA" dimana semua produk electronik ataupun software application yang aku rasa aku boleh buat sendiri aku akan buat. Pengalaman dan ilmu ini yang aku nak curah kan buat tatapan warga Malaysia yang tercinta.


Dibawah adalah sebahagian projek-projek yang aku telah usahakan. Detail deskripsi project akan aku post kan kemudian.


SMS Alert House Security System (Second Version)





















SMS Alert House Security System (First Version)




















SMS Sistem Amaran Banjir Untuk Seluruh Selangor
















Laser Driver Project
















UHF Radio Data Transmitter
Ini cuma sebahagian daripada gambar-gambar projek yang telah aku buat. Semuanya "MADE IN MALAYSIA" hasil buah tangan aku sendiri. Siapa kata Malaysia tak boleh, kita boleh buat yang penting jangan mudah putus asa. Post yang akan datang, aku akan lampirkan segala detail projek samaada melibatkan software, firmware dan hardware. Segala detail projek adalah yang betul-betul 'function' dimana korang boleh copy paste untuk projek DIY korang. Assalamualaikum, Cheerio......Bye-bye...........SIMPLICITY IN DESIGN